BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 15, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

  Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin dari Allah S.W.T, kami berlima yang terdiri daripada:  Nurul Najihah Bt Mohamed Yusuf, Nur Sarah Syazwina Bt Roslan, Atirah Bt Ibrahim Lutfi, Nur Nurul Asmira Bt Che Long, dan Nuramalina Husna Bt Nurdin, masing-masing dari kelas yang sama iaitu Oxford Four, Maktab Rendah Sains MARA Pendang, telah menyiapkan tugasan Biologi. Penghargaan ini ditujukan khas kepada yang telah menolong kami baik dari segi mental mahupun fizikal. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Tuan Haji Saari Bin Sawa, dan tentunya kepada guru Biologi kami, Puan Marini dan Encik Salmy Anas kerana banyak membimbing kami untuk menyiapkan blog ini. Penghargaan ini juga diucapkan kepada Muhd Addin Bin Najeeb, kawan kami dari SMK Taman Sri Muda, Shah Alam kerana membantu melengkapkan blog kami supaya padat dengan isi dan kelihatan lebih menarik untuk tatapan umum. Akhir sekali, penghargaan besar ini kami tujukan kepada sesiapa yang menolong kami. Tanpa anda semua, blog ini tidak mungkin akan berjaya disiapkan dengan sempurna.


www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws






Bagi melengkapkan kefahaman tentang ilmu Biologi, pelajar Tingkatan 4, Maktab Rendah Sains MARA Pendang telah diarahkan untuk membuat kajian Biologi yang berkaitan dengan Al-Quran.Kumpulan kami telah memilih Nutrisi sebagai tajuk untuk dibuat kajian.Nutrisi didefinasikan sebagai substansi organik yang dibutuhkan organisme untuk fungsi normal dari sistem tubuh, pertumbuhan, pemeliharaan kesehatan. Nutrisi didapatkan dari makanan dan cairan yang selanjutnya diasimilasi oleh tubuh.Islam mengalakkan pengambilan makanan yang sihat supaya dapat menjalankan rutin harian dengan sempurna selanjutnya dapat beribadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah S.A.W telah mengajar umatnya mengenai cara-cara pengambilan makanan yang betul dan beliau juga telah mengajar mengenai cara-cara untuk makan yang sempurna.

Tidak dapat dinafikan bahawa makanan dan minuman merupakan element yang penting dalam kehidupan bagi memastikan manusia dapat hidup dengan sejahtera. Tetapi, pemakanan menurut islam merupakan aspek yang penting dalam diri setiap umat Islam. Terdapat beberapa adab yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan tubuh badan terpelihara. Islam tidak mengalakkan umatnya memakan sesuka hati, memakan sehingga perut menjadi kenyang, dan sebagainya. Pemakanan menurut islam ini dapat diperkukuhkan dengan hadis-hadis yang disabda oleh Rasullulah, dimana baginda memberi tuntutan kepada umatnya tentang soal pemakanan seperti:-
  • Tiada satu hadis pun yang mengatakan bahawa seseorang perlu mengisi makanan di dalam perutnya sehingga penuh. Oleh itu, Rasullulah pernah bersabda “kita – kaum-kaum muslimin – adalah suatu kaum yang tidak akan makan sehingga merasa lapar dan tidak makan sehingga kenyang”.
  •  Memakan secara berlebihan adalah suatu perkara yang amat dikuatiri oleh rasullulah ke atas umatnya sebagaimana sabdanya “Yang paling saya takuti diantara hal-hal yang saya takuti keatas umatku ialah besar perutnya, gendut kerana memakan secara berlebihan, terus menerus tidur yang melampaui batas, malas dan tidak mempunyai pendirian yang tegas dan mantap”.
  •  Dalam Islam, pemakanan itu amat penting bagi memastikan seseorang iti dapat menjalankan tugasan atau kegiatan hariannya dengan lancar. Hal ini amat penting untuk memastikan seseorang itu tidak hilang semagat kerana lapar.
  • Pada asasnya, isi perut manusia terbahagi kepada 3 jenis atau 3 bahagian utama iaitu bahagian makanan, minuman, dan penafasan. Oleh itu, pemakanan yang seimbang amat penting untuk memastikan ketiga-tiga bahagian itu dapat berfungsi dengan sempurna. Dalam soal pemakanan ini, terdapat beberapa hal yang perlu dipatuhi bagi memastikan kesihatan tubuh badan dapat dipelihara dengan baik.
  •  Perut yang besar umpama “rumah sakit”. Oleh itu, kita perlulah menjaga perut kita dengan memakan makanan-makanan yang berkhasiat. Jika sakit yang menimpa perut(rumah sakit) seperti gastric, kanser atau sebagainya pasti sukar serta memakan masa yang lama untuk sembuh. Oleh itu, kita perlulah memikirkan keserdehanaan dalam soal makan dan minum.
  •   Elakkan memakan sesuatu dengan banyak kerana memakan dengan banyak tidak akan menyebabkan seseorang itu kuat tubuh badannya sebaliknya ia akan mengalakkan seseorang itu menjadi lebih malas serta sukar untuk berfikir dengan rasional. Oleh itu, seseorang itu perlulah makan dengan secukupnya sahaja bagi memastikan tubuh seseorang itu semagat dan dapat berfikir.
  •   Elakkan daripada mengisi perut dengan terlalu banyak makanan, kerana ia akan menggangu bahagian minuman di dalam perut. Jika bahagian minuman di dalam perut telah diisi dengan makanan yang banyak maka ia turut menganggu bahagian udara dalam perut. Jika hal ini berlaku, maka terjadilah kelesuan, kemalasan, keletihan. Hal ini sangat membahayakan kesihatan, kerana ia akan megakibatkan penyakit, sifat malas, gemar menggangur serta hilang semagat kerja. Mala wujudlah berbagai-bagai angan-angan dalam fikiran. Meneliti hal-hal diatas itu, maka dapatlah kita menilai betapa tingginya hadis-hadis yang disabdakan oleh Rasullulah S.A.W kepada umatnya

Fiqh telah menetapkan makanan yang halāl dan yang harām. Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkan dan menggunakannya. Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan oleh syarak (haram) untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan yang ditemui dalam al-Qur'an, kitab suci Islam. Peraturan lain ditambah kepada ini dalam fatwa oleh Mujtahid dengan berbagai peringkat ketegasan, tetapi mereka bukan sentiasa dipegang sebagai berautoritatif oleh semua. Menurut al-Qur'an, satu-satunya fokus yang secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan yang mati sendiri, darah, daging babi, dan haiwan yang didedikasikan selain untuk Tuhan.(Al-Qur'an 5:3).
Perkara berhubung Halal dan Haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, wajib Halal. Dalam Islam tidak ada istilah ‘Separa Halal’, ‘Separuh Halal’ atau ‘Gred Halal dengan 3 Bintang’ atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% Halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status Halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.
Dalam kita membincangkan konsep Haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat Islam sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia dicari dengan cara seperti mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang Islam.

SUMBER BAHAN MAKANAN & MINUMAN

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.
Haiwan
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
  • a) Haiwan Darat.
  • b) Haiwan Air.
2.1.1 Haiwan Darat
Semua haiwan darat(mamalia maun @ mamalia herbivor)seperti lembu,rusa,kambing dan sebagainya, serta keluarga burung yang tidak beracun dan muncung paruhnya tumpul dan bengkok seperti itik,ayam,burung puyuh dan sebagainya halal dimakan, kecuali;
i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.(Disembelih bukan kerana Allah).
ii. Babi.
iii. Anjing.
iv. Haiwan(mamalia maging @ mamalia karnivor) yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya(karnivor).
vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan,lipas,lalat, ular dan seumpamanya(reptilia).Namun begitu sejenis reptilia padang pasir itu biawak padang pasir(dhab) boleh dimakan dalam Islam.
vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.Sejenis belalang daun yang darahnya tidak mengalir boleh dimakan menurut Islam.
viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji)(al-Khabaith) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut,singa laut dan seumpamanya(amfibia).Ketam yang hidup dua alam seperti jenis Ketam Batu,Ketam Nipah dan Ketam Hijau adalah haram dimakan(sila lihat penjelasan di rencana di bawah).
x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal,namun haram dimakan yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
2.1.2 Haiwan Air
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ia adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.Ikan Belacak halal dimakan.
2.1.3 Tumbuh-tumbuhan
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
2.1.4 Minuman
Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun misalnya racun atau ubatan merbahaya, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.Seperti arak,alkohol peminum dan berkaitan dengannya.
2.1.5 Bahan Semulajadi
Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.1.6 Bahan Kimia
Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.1.7 Bahan Tambah
Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna,perisa,pengawet dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.
Bahan Gunaan Orang Islam
Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;
  • a) Kosmetik
  • b) Pakaian dan peralatan.
3.1 Kosmetik
3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku,maskap muka,celak dan seumpamanya.
3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.
Nota tamabahan:Islam melarang penggunaan perwarna hitam dengan tujuan untuk menghitamkan rambut,penggunaan warna lain seperti warna perang dan sebagainya adalah dibolehkan,namun penggunaannya mestilah bertempat dan tidak mendatangkan keburukan di kalangan masyarakat serta bahan yang digunakan perlulah suci,selamat,halal dan tidak menyekat pengaliran air masuk ke dalam kulit kepala.Pembuatan tatu pada tubuh manusia dengan apa cara sekali pun juga adalah haram disisi Islam.
3.2 Pakaian dan Peralatan
3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.
3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.
3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk,kerang-kerangan, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.
Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.Menyambung rambut palsu bukan bermaksud menocang rambut sendiri adalah haram perbuatan itu.Wanita Islam yang sudah akhil baligh wajib baginya mengenakan tudung bagi menutup rambutnya dan kepalanya.Semua umat Islam samada lelaki ataupun wanita wajib baginya untuk menutupkan aurat nya seperti yang telah diperintahkan oleh Allah.Islam juga melarang akan penganutnya untuk mencabut,memotong,mencukur bulu alis mata atau keningnya,kerana perbuatan itu adalah haram serta mengubah hak ciptaan Allah Taala.

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws


AIR SUSU IBU

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa dan tak tertandingi sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir, dan sebagai zat yang meningkatkan kekebalan tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.
Setiap hari ditemukan satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta yang ditemukan ilmu pengetahuan tentang air susu ibu adalah bahwa menyusui bayi selama dua tahun setelah kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, http:// www. icr.org/pubs/imp-259.htm)
Allah memberitahu kita informasi penting ini sekitar 14 abad yang lalu, yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini, dalam ayat-Nya "…menyapihnya dalam dua tahun…".
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Al Qur'an, 31:14)


MADU LEBAH


Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1.      Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2.      Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3.      Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4.      Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5.      Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6.      Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).
Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).
Dibawah terdapat video mengenai cara-cara mengeksrak madu lebah dan khasiatnya.




BUAH KURMA


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Dibawah terdapat satu video mengenai khasiat kurma oleh ustaz rasul dahri 








www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws




ARAK


عن ابن عمر أن رسول الله صل الله عليه وسلم قال من شرب الخمر فى
الدنيا ثم لم يتب منها حرمها فى الاخرة.
رواه بخاري

Maksudnya: Dari Abdullah Bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Siapa yang minum minuman keras di dunia dan ia tidak bertaubat dari kesalahannya ini, Maka ia tidak akan memperoleh nya nanti di akhirat.(Riwayat Bukhari)




كل مسكر خمروكل خمر حرام

“setiap yang memabukkan adalah arak, dan setiap arak adalah haram. 

Sifat-sifat arak dan al-kohol.

 Memabukkan. Sifat yang jelas bagi arak ialah memabukkan bagi peminumnya sama ada dengan kadar sedikit ataupun dengan kadar yang banyak. Mabuk tersebut menyebabkan hilangnya kewarasan akal untuk menimbang segala perbuatan yang baik atau buruk.

 Sangat mudah meraup kerana takat didih yang rendah. Etanol (+/- 78oC). Inijuga bergantung kepada bilangan karbon.

 Kebolehan melarut dalam air dan pelarut organik. Ini juga bergantung kepada bilangan karbon.

 Takat beku rendah (< 0oC).  Kebanyakkan beracun.  Sangat mudah terbakar, kebolehan untuk terbakar bergantung kepada bilangankarbon dalam alkohol. Lebih banyak karbon maka lebih susah untuk terbakar.Metanol dan etanol terbakar dalam nyalaan api berwarna kebiruan.

Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.

Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

Kesan pada otak

1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Kesan pada hati

1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

Kesan pada saraf

1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.

Kesan pada janin

1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin.

5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

6) Boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.

Alkohol boleh didapati dari pelbagai sumber, iaitu secara semula jadi, dari proses penapaian (fermentation), dari proses pereputan bahan organik, dari proses tindak balas petro-kimia dan dari arang batu. Kebanyakan alkohol asas dalam keluarga alkohol bersifat sebagai "RACUN" kecuali etanol. Sebagai contoh, etanol boleh dimakan dalam kuantiti kecil dan tidak memudaratkan, tetapi spirit (nama kimia metanol) dalam kuantiti kecil amat toksik jika dimakan.

Keadaan ini sama bila kedua-dua alkohol ini bertukar menjadi asid karbosilik (R-COOH). Metanol akan menjadi asid metaniok (cuka getah) dan etanol akan menjadi asid etanoik (cuka makan). Rasanya tidak perlu dijelaskan bagaimana kesan toksik akibat cuka getah. Analisis isu semasa Makanan Halal Haram.

KHINZIR


Larangan makan daging babi dalam Agama Islam
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain ALLAH, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala” (Q.S. Al-Maidah:3)
A. Beberapa karakteristik hewan babi:
Penjinakan babi menjadi ternak babi terjadi 10.000 tahun yang lalu di China.
Anaknya sangat banyak (sampai 18 ekor).
Makanannya apa saja termasuk kotoran-kotoran (manusia/hewan/kotorannya sendiri), dan daging apa saja termasuk daging manusia.
Dagingnya cepat membusuk(dalam freezer tahan 3 bulan, sedangkan daging lain tahan sampai 12 bulan).
Tinggalnya dimana saja: yang paling disukai tempat yang jorok.
Praktisi Homosex/lesbian dan tidak cemburu jika betinanya diganggu jantan lain. Kesenangannya makan, tidur dan sex, tak senang bergerak/tempat panas.
Lemak babi yang paling tinggi diantara semua binatang ternak.
Tubuhnya menyimpan segudang penyakit diantara binatang yang lain.
Makin dipelajari daging babi makin besar kengerian terhadap babi.
Para pakar daging Jerman menyimpulkan “pork is unfit for human consumtion” (lihat buku “Die Swaine Flesch und gezondheid”).
B. Berbagai parasit dan cacing yang ada pada tubuh dan daging babi.
Fasciolopsis Buski menyebabkan diarreea terus menerus.
Cacing bulat menyebabkan pneumonia mati lemas, penyakit kuning.
Cacing bengkok menyebabkan Anemia, TB, Diarrhoea, dan Thyphoid
Paragonimus menyebabkan pendarahan paru-paru.
Clonorchis Sinensis menyebabkan Chonorhiasis(penyakit lever).
Giganthorinchus Gigas menyebabkan Anemia dan gangguan pencernaan.
Metastrongylus Apri menyebabkan Broncitis dan Agses paru-paru.
Swine Erysipelas menyebabkan penyakit luka baker (inflamation).
Tubercle Bacillus menyebabkan penyakit tuberculosis.
Taenia Solium menyebabkan berbagai penyakit perut Anemia dan ChronicInvalidism.
Trichinella Spiratis menyebabkan penyakit Trichinosis atau trichinelliasis (Reumatism dan sakit otak).
Variola Suilla menyebabkan penyajit cacar(small-pox).
Sarcoptes Scabiei menyebabkan Mange of scabies.
Fusiformis necrofurus menyebabkan penyakit foot rot yang paling sulit disembuhkan.
Salmonella cholerasuis menyebabkan penyakit koleera (penyakit pengisap-sucking parasites).
Cystycercus tenuicollis yang hidup dalam hati, dinding usus dan membrane babi.
Cysticercus cellulosae yang hidup dalam hati, daging dan lidah babi.
Echinococcus colymorphus yang hidup dalam hati dan usus babi.
Paragonimus westermanii yang hidup dalam paru-paru babi.
Sparganum mansoni yang hidup dalam otot dan daging babi.
Ascaris lumbricoides yang hidup terutama pada pada ususnya.
Trichuis suis yang hidup pada usus buta/caecum atau usus besarnya.
Stephanurus dentatus yang menempati perut, lemak, hattinya.
Choerostrongylus pudendotectus.
Oesophagostomum dentatum ditemukan dalam usus kecilnya.
Anklylostoma doedeenale ditemukan dalam usus kecilnya.
Arduenna strongylina hidup dalam selaput lender perut.
Physocepholus sexalatus hidup dalam selaput lender perut.
Simondsia paradoxa hidup dalam selaput lender perut.
Gnatostoma hispidum.
Setaria bernardi hidup dalam isi perutnya
Macranthorynchus hirudinaceus hidup dalam perut kecilnya.
Sarcoptes scabiei var.suis hidup diseluruh kulitnya.
Haematopinus suis ditemukan di seluruh kulitnya.

Dibawah terdapat video mengepa khinzir tidak dimakan oleh org Islam








CARA MAKAN RASULULLAH S.A.W



Nabi s.a.w bersabda : "Barang siapa yang mengikuti sunnahku,, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang mencintaiku, maka akan bermasuk syurga bersamaku."


Cara Rasulullah Makan
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

DIET RASULULLAH S.A.W


Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus?
Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini.
Garenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
  • # JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • # TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
  • # JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya… kawan2 cubalaa….. ……… ……… ……… .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah…
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…
Sama2lah kita mengamalkannya. ……

WallahuA’lam